Thursday, December 31, 2009

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang

Ketua : Rahana Bte Haji Mohamed

Naib Ketua : Hajah Zaleha Bte Arifin

Penolong Setiausaha : Hajah Normah Bte Hj Naron

Bendahari : Hajah Atikah Bte Abd Manap

Ketua Penerangan : Noryatimah Bte Kosuon

Ahli Jawatankuasa (Dipilih)
Hajah Siti Aishah Bte Mohsom
Hajah Raihan Bte Mohd Yusof
Hajah Salmiah Bte Hj Nawawi
Bi Bte Mohd Shah
Zainon Bte Saari
Hajah Azizisun Bte Yahya
Narimah Bte Mohamad
Hajah saamah Bte Kaimin
Saripah Bte mansor
Munjiah Bte mohd Musuri
Rukiah Bte Rahmat
Hajah Jamilah Bte Janis
Hajah Putih Bte Abd Majid
Hasnah Bte Abd Rahman

Ahli Jawatankuasa (Dilantik)
Hajah Kintan Bte Abd Rahman
Masilah Bte Hussein
Istirohah Bte Hj Hashim
Kalimah Bte Shahidan

Mesej Ketua Wanita



Tahun 2010 sudah menjelma dan sudah sewajarnya membawa kita setapak lagi ke depan dalam perjuangan parti keramat UMNO. Juga menjadikan kita warga UMNO lebih matang, lebih bersemangat, dan lebih insaf tentang peranan sebagai ahli sebuah parti politik paling dominan dalam pakatan parti-parti mewakili berbilang kaum Barisan Nasional yang masih memerintah di Negara ini.

YAB Datuk Seri Najib mengajak seluruh anggota UMNO untuk bersama-sama melakukan transformasi keatas parti secara menyeluruh bagi membolehkan kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Perubahan ini juga hendaklah ikhlas dan sama sekali tidak boleh bersifat retorik semata-mata kerana rakyat hari ini memiliki minda yang kritis dan lebih terbuka.

Untuk itu UMNO perlu menyemai budaya baru yang berpaksi pada semangat sanggup berkhidmat dan meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain. Budaya yang tawadduk, merendah diri, suka menyusur bersama-sama rakyat mestilah budaya yang kita pupuk dikalangan ahli-ahli.

UMNO itu berpohon perjuangan yang murni, berakarkan perjuangan yang suci. Walau apapun persepsi dan pendapat pelbagai pihak terhadap UMNO hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa sejak ditubuhkan, UMNO telah menabur jasa yang bukan sedikit terhadap Negara dan warga Malaysia dipelbagi bidang. Insyallah, selagi UMNO berfungi menaungi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia dan berperanan sebagai tunjang Kerajaan, UMNO akan tetap relevan, bahkan UMNO akan tetap diperlukan.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi bangsa binasa.

Jika berfikir jangan termenung,
Mencari idea kerja berkat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Sekian, terima kasih.