Friday, January 8, 2010

Lawatan Wad Kanak-Kanak Hospital Segamat

Program Penyampaian Hadiah kepada kanak-kanak di Wad Kanak-Kanak, Hospital, Segamat telah diadakan pada 28 Jun 2009 jam 11.00 pagi bertempat di Wad Kanak-Kanak Hospital Segamat. YB Datuk Haji Baharum Bin Haji Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan isteri telah sudi hadir pada program tersebut. Sasaran: 30 orang pesakit kanak-kanak. Pemberian hadiah berupa hamper telah diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Objektif: memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik sempena 'Hari Ibu'. Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sekijang telah hadir pada program tersebut.

No comments:

Post a Comment