Friday, January 8, 2010

Majlis 'Ibu Kau Ratu HatiKu'












Majlis 'Ibu Kau Ratu Hatiku' telah diadakan pada 4 Julai 2009 jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Besar Felda Kemelah. YB Datuk Haji Baharum Bin Haji Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang Merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan isteri telah sudi merasmikan majlis tersebut. Sasaran: Memperingati serta menghargai pengorbanan dan jasa ibu-ibu sempena menyambut 'Hari Ibu'. Seramai 500 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis telah diserikan dengan acara Senamrobik, Pertandingan mewarna oleh kanak-kanak, Pertandingan Koir oleh Pergerakan Wanita Cawangan-Cawangan, Pertandingan masakan, Pertandingan gubahan lipatan, Pertandingan bayi comel, Pertandingan Pakaian Tradisional Malaysia, Persembahan Tarian Zapin, Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi dari Jabatan Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Ucapan orang-orang ternama, Penyampaian cenderamata dan hadiah dan Jamuan.

No comments:

Post a Comment