Thursday, January 7, 2010

Majlis Sambutan 'Lambaian Ramadhan'








Majlis Sambutan 'Lambaian Ramadhan' telah diadakan pada 16 Ogos 2009 jam 2.30 petang hingga 7.00 petang di Masjid Jamek Daerah Segamat. Sasaran kepada Ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Cawangan, Ibu-ibu Tunggal Bahagian Sekijang. Objektif majlis tersebut ialah memuliakan bulan Ramadhan Al-Mubarak, memberikan peringatan untuk kesedaran mendekatkan diri kepada Allah s.w.t disamping memberikan bimbingan bagi tujuan membina insan. Seramai 200 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang.

Pada majlis tersebut juga diadakan Ceramah Agama oleh Ketua Unit Dakwah, Ustaz Haji Ismail Bin Salam dari Pejabat Agama Daerah Segamat, Sumbangan Cenderahati kepada 76 orang ibu tunggal, Sumbangan cenderahati kepada 38 orang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Sekijang, Bahagian Sekijang dan Sumbangan Cenderahati kepada semua AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang.

No comments:

Post a Comment