Friday, January 8, 2010

Majlis Sambutan 'Maulidur-Rasul' Tahun 1430 Hijrah

Majlis sambutan 'Maulidur-Rasul' tehun 1430 hijah telah diadakan pada 22 Mei 2009 jam 2.30 petang bertempat di perkarangan Kompleks Penghulu Pekan Jabi, Segamat. Sasarannya ialah semua AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang, 38 Ketua dan Wakil Pergerakan Wanita UMNO Cawangan. Objektif majlis menyambut hari kelahiran Nabi Mohammad saw sebagi satu tanda Hari Kebesaran Agama Islam, memupuk semangat silatur-rahim antara ahli-ahli UMNO khususnya orang-orang kampung. Seramai 200 orang telah menghadiri majlis tersebut. Sempena majlis tersebut juga diadakan ceramah agama, berzanji, nashid dan merhaban. YB Datuk Haji Baharum Bin Haji Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang dan isteri, Penghulu dan Ketua Kampung telah menghadiri majlis tersebut. YB Datuk Haji Baharum telah merasmikan majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment