Monday, August 23, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1431 H

Dengan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan tekun dan tawaduk. Mudah-mudahan mendapat rahmat pada 10hari yang pertama, mendapat keampunan pada 10hari yang ke2 dan mendapat kelepasan daripada api neraka pada 10hari yang terakhir. Moga di dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini kita akan diberkati, dilimpahi rezki dan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat.Ya Allah, Ya Tuhan ku, Berkatilah saudara-saudaraku yang baik ini, permudahkan segala urusan mereka di dunia ini.

Program Skuad Sayang bersama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed


Skuad Sayang dari Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang telah bersama-sama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed dalam Program Walkabout di FELDA Pemanis 1 pada 25 Jun 2010. Program ini telah mendekatkan kita kepada masyarakat setempat di samping membuka mata melihat kesusahan dan kepayahan keluarga pesakit-pesakit kronik yang benar-benar memerlukan bantuan dan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Disini kami telah menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda keperihatinan kami. Program ini banyak memberi pendedahan kepada semua tentang keperihatinan skuad sayang di dalam usaha-usaha membantu masyarakat yang memerlukan. Pada 31 Julai 2010 sekali lagi skuad sayang bersama-sama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed di sertai juga krew-krew RTM dalam Program Jalinan Mesra "Pemimpin Turun Padang" di Mukim Jabi dan Bumbon. Di sini sekali lagi kami terharu melihat pesakit-pesakit kronik yang rata-rata keluarga mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Jadi di dalam kesempatan yang ada pada hari ini kami skuag sayang telah meluahkan isi hati kami yang mana kami memerlukan bantuan-bantuan dari NGO, Badan-badan Korporat atau orang-orang perseorangan supaya dapat turut serta bersama-sama menghulurkan bantuan. Perkara ini telah kami war-warkan di hadapan krew-krew RTM melalui temuramah yang dibuat bersama skuad sayang.


Friday, August 13, 2010

Majlis Kraf Kretif Bersama MPWK

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah megikuti Majlis Kraf Kraetif Anjuran MPWK bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal, Pergerakan Wanita Mic dan Ahli MPWK Dun Kemelah. Seramai 44 orang telah menyertai program ini bagi memberi pegenalan peluang menjana pendapatan ekonomi. Majlis ini telah berlangsung pada 21 Mei 2010 jam 8.00 pagi bertempat di Balairaya Jalan Pemuda Segamat.