Monday, March 15, 2010

Skuad SAYANG

: - Projek Sayang merupakan jenama baru Wanita UMNO Malaysia serta Wanita Barisan Nasional untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat Parti serta memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

: - Melalui Projek Sayang ini, Wanita UMNO mewujudkan ' Skuad SAYANG ' dan ' Stor SAYANG ' di setiap negeri supaya ianya dapat dilaksanakan di waktu kecemasan dan lain-lain waktu kesusahan untuk rakyat yang memerlukan.


Ketika kebakaran rumah di Johor Bahru baru-baru ni, Skuad SAYANG Bahagian Sekijang telah memberi sumbangan sebanyak 15 tin biskut kepada mangsa. Walaupun jauh, Skuad SAYANG Sekijang amat perihatin dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan yang sebagai menepati hasrat Parti.

Skuad SAYANG Bahagian Sekijang, juga amat mengambil berat terhadap pesakit-pesakit kronik, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kawasan ini. Rancangan akan datang telah mendapatkan tempat untuk golongan ini menerimana bantuan sukarelaan dari Skuad SAYANG Bahagian Sekijang.
Segala kegiatan Skuad SAYANG Bahagian Sekijang akan di paparkan dalam Blog ini.

Sunday, March 7, 2010

Sukaneka "Jalinan Rakyat, 1 Malaysia" 2010

Pada 7 Febuari 2010 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Bukit Siput, Segamat, satu Program Sukaneka "Jalinan Rakyat, 1 Malaysia" telah di adakan bersama-sama Pergerakan Wanita UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN Bahagian Sekijang.Perasmian Program oleh YB. DATUK HAJI BAHARUM BIN HAJI MOHAMED. Program ini di anjurkan bersama oleh Wanita Parlimen Sekijang dan JASA Parlimen Sekijang.

Wednesday, March 3, 2010

Lawatan ke Hospital Segamat 2010

Pada 01/01/2010, Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang bersama-sama Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah membuat lawatan ke Hospital Daerah Segamat. Sempena lawatan tersebut Pasukan Skuad Sayang Wanita Sekijang telah menghulurkan sumbangan kepada pesakit.

Tuesday, March 2, 2010

Majlis "Jalinan Rakyat'

Pada 21.07.2009, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang bersama Ketua-Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan seramai 40 orang telah menghadiri Majlis 'Jalinan Rakyat'. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Perhubungan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor. Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan YB Senator  Dato' Seri Sharizat Abd. Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Hotel New York, Johor Bahru.

Bersempena dengan itu, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang juga telah mengadakan, Majlis Penerangan 'Jalinan Rakyat"  khususnya Taskforce Pilihanraya. Sebanyak 11 siri ceramah telah di adakan mengikut zon seperti yang disusun dalam jadual di bawah: