Tuesday, June 29, 2010

Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita dan UMNO Bahagian Sekijang bagi Tahun 2010. Perasmian telah di langsungkan pada 19 Jun 2010 bermula jam 2.30 petang,bertempat di Dewan Jubli Intan Jalan Genuang,Segamat Johor.

Wednesday, June 23, 2010

Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan

Pada 10 Mei 2010, UMNO Bahagian telah membuat Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan/Pergerakan Wanita/Pemuda dan Puteri, di Dewan Kg. Jawa, Segamat. Perasmian di sempurnakan oleh MT UMNO Malaysia, YB DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN.

Monday, June 21, 2010

Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2010

Bertarikh 19 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, Villa Hotel Segamat, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan Persidangannya. Kehadiran terdiri dari Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan dan Wakil UMNO Bahagian Sekijang. Persidangan bermula dengan Bacaan Do'a oleh Ustaz Hj. Mohamad bin Hassan, Persembahan Koir Oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang, Bacaan Al-Quran oleh Puan Hjh. Salmiah binti Hj. Nadimin dan terjemahan pula oleh Puan Poniah binti Selamat, diikuti dengan Ucapan alu-aluan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang iaitu Puan Rahana binti Hj. Mohamed . Ucapan seterusnya adalah dari Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang iaitu YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed. Selesai ucapan Majlis mempersilakan Datin Latipah bt Alwi, untuk menyampaikan Anugerah Nadi Negara kepada pelajar lepasan IPT yang cemerlang.Sesudah itu Majlis menjemput YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed untuk menyampaikan hadiah kehadiran terbaik Persidangan Cawangan-Cawangan. Jamuan minum pagi disusuli sebelum persidangan bermula.....

Berbagai agenda dibentangkan dalam persidangan kali ini. Segala minit mesyuarat akan di uraikan oleh Pen. Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang iaitu Hjh. Normah bt Hj. Naron

Sambutan Maulidur Rasul 1431H (2010)




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Wanita UMNO Negeri Johor

Pada 03/04/2010 hari Sabtu malam Ahad Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah menghantar 40 orang wakil menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Negeri Johor di Kem Bt.3, Kluang, Johor. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah membawa bersama 50 tangkai bunga telor untuk di bahagikan pada hadirin yang hadir ketika majlis. Walaupun hujan, majlis tetap meriah dengan forum perdana yang berceramah tentang wanita.