Dengan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan tekun dan tawaduk. Mudah-mudahan mendapat rahmat pada 10hari yang pertama, mendapat keampunan pada 10hari yang ke2 dan mendapat kelepasan daripada api neraka pada 10hari yang terakhir. Moga di dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini kita akan diberkati, dilimpahi rezki dan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat.Ya Allah, Ya Tuhan ku, Berkatilah saudara-saudaraku yang baik ini, permudahkan segala urusan mereka di dunia ini.
Monday, August 23, 2010
Program Skuad Sayang bersama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed
Skuad Sayang dari Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang telah bersama-sama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed dalam Program Walkabout di FELDA Pemanis 1 pada 25 Jun 2010. Program ini telah mendekatkan kita kepada masyarakat setempat di samping membuka mata melihat kesusahan dan kepayahan keluarga pesakit-pesakit kronik yang benar-benar memerlukan bantuan dan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Disini kami telah menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda keperihatinan kami. Program ini banyak memberi pendedahan kepada semua tentang keperihatinan skuad sayang di dalam usaha-usaha membantu masyarakat yang memerlukan. Pada 31 Julai 2010 sekali lagi skuad sayang bersama-sama YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed di sertai juga krew-krew RTM dalam Program Jalinan Mesra "Pemimpin Turun Padang" di Mukim Jabi dan Bumbon. Di sini sekali lagi kami terharu melihat pesakit-pesakit kronik yang rata-rata keluarga mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Jadi di dalam kesempatan yang ada pada hari ini kami skuag sayang telah meluahkan isi hati kami yang mana kami memerlukan bantuan-bantuan dari NGO, Badan-badan Korporat atau orang-orang perseorangan supaya dapat turut serta bersama-sama menghulurkan bantuan. Perkara ini telah kami war-warkan di hadapan krew-krew RTM melalui temuramah yang dibuat bersama skuad sayang.
Friday, August 13, 2010
Majlis Kraf Kretif Bersama MPWK
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah megikuti Majlis Kraf Kraetif Anjuran MPWK bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal, Pergerakan Wanita Mic dan Ahli MPWK Dun Kemelah. Seramai 44 orang telah menyertai program ini bagi memberi pegenalan peluang menjana pendapatan ekonomi. Majlis ini telah berlangsung pada 21 Mei 2010 jam 8.00 pagi bertempat di Balairaya Jalan Pemuda Segamat.
Tuesday, June 29, 2010
Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita dan UMNO Bahagian Sekijang bagi Tahun 2010. Perasmian telah di langsungkan pada 19 Jun 2010 bermula jam 2.30 petang,bertempat di Dewan Jubli Intan Jalan Genuang,Segamat Johor.
Wednesday, June 23, 2010
Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan
Pada 10 Mei 2010, UMNO Bahagian telah membuat Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan/Pergerakan Wanita/Pemuda dan Puteri, di Dewan Kg. Jawa, Segamat. Perasmian di sempurnakan oleh MT UMNO Malaysia, YB DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN.
Monday, June 21, 2010
Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2010
Bertarikh 19 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, Villa Hotel Segamat, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan Persidangannya. Kehadiran terdiri dari Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan dan Wakil UMNO Bahagian Sekijang. Persidangan bermula dengan Bacaan Do'a oleh Ustaz Hj. Mohamad bin Hassan, Persembahan Koir Oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang, Bacaan Al-Quran oleh Puan Hjh. Salmiah binti Hj. Nadimin dan terjemahan pula oleh Puan Poniah binti Selamat, diikuti dengan Ucapan alu-aluan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang iaitu Puan Rahana binti Hj. Mohamed . Ucapan seterusnya adalah dari Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang iaitu YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed. Selesai ucapan Majlis mempersilakan Datin Latipah bt Alwi, untuk menyampaikan Anugerah Nadi Negara kepada pelajar lepasan IPT yang cemerlang.Sesudah itu Majlis menjemput YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed untuk menyampaikan hadiah kehadiran terbaik Persidangan Cawangan-Cawangan. Jamuan minum pagi disusuli sebelum persidangan bermula.....
Berbagai agenda dibentangkan dalam persidangan kali ini. Segala minit mesyuarat akan di uraikan oleh Pen. Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang iaitu Hjh. Normah bt Hj. Naron
Sambutan Maulidur Rasul 1431H (2010)
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 2 Mei 2010 di Balairaya Airbah, Paya Pulai, Segamat. Majlis bermula pada jam 8.00pagi dengan ketibaan para jemputan yang terdiri dari penduduk sekitar, ahli-ahli wanita UMNO Cawangan/AJK Bahagian, Ketua UMNO Cawangan dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed (Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang) Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Tuan Hj. Mokhtar bin Abdullah, diikuti dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Puan Azizah Bt Dahlan bersama rakan. Bacaan Selawat diketuai oleh Kumpulan Felda Pemanis 1. Seterusnya ucapan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang, Puan Rahana bt. Hj. Mohamed. Penceramah Jemputan didatangi dari KAGAT (Ustaz Wan Mazlan bin Wan Abdullah) . Majlis diakhir dengan Persembahan Nasyid dari Kumpulan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang. Penyampaian Cenderahati dan jamuan makan tengahari mengakhiri majlis pada hari tersebut.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Wanita UMNO Negeri Johor
Pada 03/04/2010 hari Sabtu malam Ahad Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah menghantar 40 orang wakil menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Negeri Johor di Kem Bt.3, Kluang, Johor. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah membawa bersama 50 tangkai bunga telor untuk di bahagikan pada hadirin yang hadir ketika majlis. Walaupun hujan, majlis tetap meriah dengan forum perdana yang berceramah tentang wanita.
Monday, March 15, 2010
Skuad SAYANG
: - Projek Sayang merupakan jenama baru Wanita UMNO Malaysia serta Wanita Barisan Nasional untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat Parti serta memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
: - Melalui Projek Sayang ini, Wanita UMNO mewujudkan ' Skuad SAYANG ' dan ' Stor SAYANG ' di setiap negeri supaya ianya dapat dilaksanakan di waktu kecemasan dan lain-lain waktu kesusahan untuk rakyat yang memerlukan.
Ketika kebakaran rumah di Johor Bahru baru-baru ni, Skuad SAYANG Bahagian Sekijang telah memberi sumbangan sebanyak 15 tin biskut kepada mangsa. Walaupun jauh, Skuad SAYANG Sekijang amat perihatin dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan yang sebagai menepati hasrat Parti.
Skuad SAYANG Bahagian Sekijang, juga amat mengambil berat terhadap pesakit-pesakit kronik, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kawasan ini. Rancangan akan datang telah mendapatkan tempat untuk golongan ini menerimana bantuan sukarelaan dari Skuad SAYANG Bahagian Sekijang.
Segala kegiatan Skuad SAYANG Bahagian Sekijang akan di paparkan dalam Blog ini.
: - Melalui Projek Sayang ini, Wanita UMNO mewujudkan ' Skuad SAYANG ' dan ' Stor SAYANG ' di setiap negeri supaya ianya dapat dilaksanakan di waktu kecemasan dan lain-lain waktu kesusahan untuk rakyat yang memerlukan.
Ketika kebakaran rumah di Johor Bahru baru-baru ni, Skuad SAYANG Bahagian Sekijang telah memberi sumbangan sebanyak 15 tin biskut kepada mangsa. Walaupun jauh, Skuad SAYANG Sekijang amat perihatin dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan yang sebagai menepati hasrat Parti.
Skuad SAYANG Bahagian Sekijang, juga amat mengambil berat terhadap pesakit-pesakit kronik, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kawasan ini. Rancangan akan datang telah mendapatkan tempat untuk golongan ini menerimana bantuan sukarelaan dari Skuad SAYANG Bahagian Sekijang.
Segala kegiatan Skuad SAYANG Bahagian Sekijang akan di paparkan dalam Blog ini.
Sunday, March 7, 2010
Sukaneka "Jalinan Rakyat, 1 Malaysia" 2010
Pada 7 Febuari 2010 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Bukit Siput, Segamat, satu Program Sukaneka "Jalinan Rakyat, 1 Malaysia" telah di adakan bersama-sama Pergerakan Wanita UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN Bahagian Sekijang.Perasmian Program oleh YB. DATUK HAJI BAHARUM BIN HAJI MOHAMED. Program ini di anjurkan bersama oleh Wanita Parlimen Sekijang dan JASA Parlimen Sekijang.