Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita dan UMNO Bahagian Sekijang bagi Tahun 2010. Perasmian telah di langsungkan pada 19 Jun 2010 bermula jam 2.30 petang,bertempat di Dewan Jubli Intan Jalan Genuang,Segamat Johor.
Tuesday, June 29, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan
Pada 10 Mei 2010, UMNO Bahagian telah membuat Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan/Pergerakan Wanita/Pemuda dan Puteri, di Dewan Kg. Jawa, Segamat. Perasmian di sempurnakan oleh MT UMNO Malaysia, YB DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN.
Monday, June 21, 2010
Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2010
Bertarikh 19 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, Villa Hotel Segamat, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan Persidangannya. Kehadiran terdiri dari Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan dan Wakil UMNO Bahagian Sekijang. Persidangan bermula dengan Bacaan Do'a oleh Ustaz Hj. Mohamad bin Hassan, Persembahan Koir Oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang, Bacaan Al-Quran oleh Puan Hjh. Salmiah binti Hj. Nadimin dan terjemahan pula oleh Puan Poniah binti Selamat, diikuti dengan Ucapan alu-aluan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang iaitu Puan Rahana binti Hj. Mohamed . Ucapan seterusnya adalah dari Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang iaitu YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed. Selesai ucapan Majlis mempersilakan Datin Latipah bt Alwi, untuk menyampaikan Anugerah Nadi Negara kepada pelajar lepasan IPT yang cemerlang.Sesudah itu Majlis menjemput YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed untuk menyampaikan hadiah kehadiran terbaik Persidangan Cawangan-Cawangan. Jamuan minum pagi disusuli sebelum persidangan bermula.....
Berbagai agenda dibentangkan dalam persidangan kali ini. Segala minit mesyuarat akan di uraikan oleh Pen. Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang iaitu Hjh. Normah bt Hj. Naron
Sambutan Maulidur Rasul 1431H (2010)
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 2 Mei 2010 di Balairaya Airbah, Paya Pulai, Segamat. Majlis bermula pada jam 8.00pagi dengan ketibaan para jemputan yang terdiri dari penduduk sekitar, ahli-ahli wanita UMNO Cawangan/AJK Bahagian, Ketua UMNO Cawangan dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed (Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang) Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Tuan Hj. Mokhtar bin Abdullah, diikuti dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Puan Azizah Bt Dahlan bersama rakan. Bacaan Selawat diketuai oleh Kumpulan Felda Pemanis 1. Seterusnya ucapan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang, Puan Rahana bt. Hj. Mohamed. Penceramah Jemputan didatangi dari KAGAT (Ustaz Wan Mazlan bin Wan Abdullah) . Majlis diakhir dengan Persembahan Nasyid dari Kumpulan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang. Penyampaian Cenderahati dan jamuan makan tengahari mengakhiri majlis pada hari tersebut.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Wanita UMNO Negeri Johor
Pada 03/04/2010 hari Sabtu malam Ahad Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah menghantar 40 orang wakil menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pergerakan Perhubungan Negeri Johor di Kem Bt.3, Kluang, Johor. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah membawa bersama 50 tangkai bunga telor untuk di bahagikan pada hadirin yang hadir ketika majlis. Walaupun hujan, majlis tetap meriah dengan forum perdana yang berceramah tentang wanita.