Monday, June 21, 2010

Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang Tahun 2010

Bertarikh 19 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, Villa Hotel Segamat, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan Persidangannya. Kehadiran terdiri dari Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan dan Wakil UMNO Bahagian Sekijang. Persidangan bermula dengan Bacaan Do'a oleh Ustaz Hj. Mohamad bin Hassan, Persembahan Koir Oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Lalang, Bacaan Al-Quran oleh Puan Hjh. Salmiah binti Hj. Nadimin dan terjemahan pula oleh Puan Poniah binti Selamat, diikuti dengan Ucapan alu-aluan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang iaitu Puan Rahana binti Hj. Mohamed . Ucapan seterusnya adalah dari Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Ahli Parlimen Sekijang iaitu YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed. Selesai ucapan Majlis mempersilakan Datin Latipah bt Alwi, untuk menyampaikan Anugerah Nadi Negara kepada pelajar lepasan IPT yang cemerlang.Sesudah itu Majlis menjemput YB Datuk Hj. Baharum bin Hj. Mohamed untuk menyampaikan hadiah kehadiran terbaik Persidangan Cawangan-Cawangan. Jamuan minum pagi disusuli sebelum persidangan bermula.....

Berbagai agenda dibentangkan dalam persidangan kali ini. Segala minit mesyuarat akan di uraikan oleh Pen. Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bhg. Sekijang iaitu Hjh. Normah bt Hj. Naron

No comments:

Post a Comment